Rider baru! APA fungsi minyak hitam?
Rider baru! APA fungsi minyak hitam?
![]() |
| Minyak hitam Yamaha |
Salam semua,
Apa fungsi minyak hitam?
Sedikit pengetahuan untuk Rider baru_Minyak hitam ialah minyak pelincir atau 4t oil yang fungsinya untuk menjaga sistem operasi enjin daripada mengalami masalah kekejangan atau kehausan komponen akibat geseran semasa enjin berputarPenggunaan minyak hitam dapat melicinkan perjalanan mekanisma di dalam enjin seperti piston dan rod,clutch serta kotak gear.Minyak hitam akan masuk disetiap celah dan rongga didalam enjin untuk menstabilkan suhu dari panas lampau.Kerana itu minyak hitam perlu diisi pada sukatan yang betul.Dan juga perlu minyak hitam yang berkualiti untuk kelancaran dan penjagaan enjin ke tahap maksimum.
Kandungan minyak hitam
Minyak hitam berkualiti mempunyai sejenis pelarut yang dapat membinasakan sisa-sisa serta habuk-habuk besi yang berbahaya.kandungan bendasing di dalam enjin boleh merpercepatkan proses kehausan clutch,bearing,gigi-gigi gear juga piston dan selinder.Haus ialah sintom awal kerosakan enjin.Pelincir yang dibuat berasaskan petroleum(Vaseline) mempunyai pelarut yang dapat melarut bahan seperti getah dan plastik.Getah dan plastik ini selalu dijadikan bahan dalam pembuatan clutch serta oil seal.Ini bermakna pelincir jenis ini bagus untuk menjaga clutch.
Pelincir yang berasaskan air pula lebih berkesan untuk melarut bahan kimia seperti kotoran.(sumber:wikipedia.)
Kegunaan minyak hitam
Minyak hitam adalah untuk kegunaan motosikal 4 lejang sepenuhnya_seperti Honda ex5,Lc135 atau Modenas kriss
Berlainan pula dengan motor 2 lejang seperti Yamaha rxz,125z atau Kawasaki RR yang menggunakan minyak 2t dan 4t sekaligus

Comments
Post a Comment