2 tahap belajar setting karburator melalui teknik asas carburetor adjustment

2 tahap belajar setting karburator melalui teknik asas carburetor adjustment


 Belajar Setting karburator motosikal | kegagalan karburator tuning



Assalamualaikum,


Mahu belajar setting karburator125z,rxz,RX king,vespa atau motogp(haha)?boleh,cuma perlu ketahui 2 tahap asas tuning dibawah ini dahulu


Carburetor adjustment ..how? Banyak sekali pertanyaan seperti  ini bila di googlekan.kalau dalam bahasa Melayu,macamana cara penyelarasan kaburator atau bagaimana cara setting karburator?

Sebelum tu  Fungsi kompenon karburator harap sudah di mengertikan kalau tidak klik link biru diatas.Ada 2 tahap yang saya rasa bersesuaian untuk para pemula(baru belajar) dan tahap 2( advance )bagi yang sudah mahir tahap 1. 

Bila perlu adjust karburator?.
Anda perlu adjust karburator semula setelah selesai mencucinya(service) atau setelah membuat modifikasi.

Ada 2 skru penting pada karburator.Yang pertama skru timingdan yang kedua skru angin(skru pepura).Kegunaan kedua-dua skru angin dan skru timing ialah alat setingan kaburator

Tahap 1

Cara setting angin karburator motosikal standard

gambar karburator
Anak panah putih ialah skru timing
Anak panah biru ialah skru angin


Mula setting angin karburator.Pulas pendikit kira-kira 4000-6000rpm (tiada meter cubalah angaran sahaja),tahan sambil tutup  angin sampai habis mengikut arah jam dengan menggunakan pemutar skru.Pada saat ini suara enjin kedengaran berbobot(sempot) kerana campuran minyak dan angin tidak selaras.Mulalah buka angin semula mengikut arah lawan jam sehingga suara enjin ketahap paling besar pada rpm yang sama.

Pada titik ini jika dipusingkan lagi skru angin karburator itu ia tetap sama(tiada perubahan)maka anda perlu undurkan pada titik permulaan paling besar tadi..bahasa bukunya ialah disebut "mencari rpm tertinggi"..

Boleh difahami kan..,

OK,sebenarnya pihak pengeluar telah menetapkan putaran skru angin motosikal standard(tidak dimodifikasi) ialah 1.1/4(satu suku) pusingan.
Satu putaran jam dikira 1.

Setelah angin diselaraskan maka mulalah pusing skru timing(merendahkan timing) tanpa memulas pendikit sampai tahap yang anda mahukan.

Tahap 2

advance carburetor tuning
melaras minyak dan angin pada carburetor yang lari tuning asal 
Karburator lari tuning asal bermaksud angin tidak dapat diselaraskan dengan minyak menggunakan kompenon asal karburator.kompenon asal seperti mainjet,pilotjet dan jarum ialah kompenon penyelarasan(jetting).Ia mungkin disebabkan ada perubahan pada sistem enjin,contohnya pada sistem nyalaan,ekzos atau padaselinder dan piston.kerosakan dan adanya modifikasi pada sistem enjin akan menyebabkan  kegagalan pada carburetor tuning(tak jumpa tune).Jika perkara ini berlaku mulalah timbul masalah pada motosikal anda seperti 

  • Lebihan bahan api(makan minyak)
  • Motor sempot
  • Plug rosak
  • Piston jem(kejang,bocor,pecah)




Perkara diatas terjadi disebabkan minyak melebihi udara(rich) dan sebaliknya
Jalan atasi masalah diatas daripada berlaku,anda perlu adjust(buat perubahan) kompenon dalaman kaburator supaya minyak dan udara boleh diselaraskan kembali.Selalu orang sebut iaitu setting mainjet dan pilot jet.


Carburetor tuning imej
Berpandukan gambarajah diatas garis melintang menunjukkan bukaan valve(pendikit).anak panah menunjukkan dimana kompenon apa yang berfungsi ketika ITU.



Kesan pada spark plug

Kesan pembakaran boleh dilihat pada spark plug.Segala perubahan pada jetting akan merubah warna spark plug.Contohnya jika jetting menggunakan saiz yang terlebih besar akan menjadikan plug bewarna hitam basah.Apabila jetting terlalu kecil pula akan membuatkan elektrod spark plug bewarna putih.Plug untuk pembakaran sempurna ialah bewarna perang kepada coklat.

Teori bagi kes ini ialah kecilkan jetting pada plug bewarna hitam,besarkan jetting untuk plug bewarna putih.



Gambar warna plug

Setting jarum karburator

Jarum karburator(slide needle) ialah option terbaik untuk setting  minyak.Ia lebih mudah dibandingkan dengan tukaran jetting.
Jarum karburator untuk kebanyakan motosikal mempunyai takuk(tap) pada sebelah atas.Takuk tuning  standard ialah ditengah-tengah.Untuk minyak lebih alihkan tap kebawah dan keatas untuk kurangkan minyak.Jika masih tidak berhasil barulah ditukar jetting lain.

Itulah lebih kurang pemahaman tentang Carburetor adjustment" yang dapat saya ulas dsini.Kepada anda yang lebih pakar boleh membantu sesama kita pada ruangan komen dibawah.Sekian-

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC dan penjagaan

Masalah karburator

5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan