Posts

Showing posts from December, 2018

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal Pertama

Image
5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal Pertama ADA banyak sebab seseorang itu menunggang motosikal, dan setiap orang  ada alasan tersendiri.  Bagi kebanyakan pengguna, motosikal adalah antara medium pengangkutan paling murah dari segi kos bahan api dan penyenggaraan, termasuk parkir dan tol. Ada yang menunggang motosikal kerana mahu menjimatkan masa kerana saiz fizikal kenderaan itu mampu mengelak kesesakan jalan raya. Tidak kurang juga yang memilih motosikal sebagai satu gaya hidup, mahu rasa  cool , lebih  thrill  dan ada fiil. Apapun alasan anda bermotosikal, artikel kali ini akan membincangkan mengenai apakah jenis motosikal pertama patut anda dibeli? Apakah kriteria penting perlu diketahui? Lain orang, lain jenis motosikal yang patut dibelinya. Di bawah ini kami senaraikan  5 kriteria patut dipertimbangkan apabila mahu membeli motosikal pertama  anda: 1. TUJUAN Ini ialah kriteria utama.  Apakah tujuan anda bermoto...

5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan

Image
5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan "ASALKAN boleh  start , jalannn..." Salah satu tabiat buruk pengguna motosikal adalah  kerap mengabaikan rutin penyenggaraan,  terutama kalangan penunggang yang menjadikan kenderaan mereka itu sekadar alat bergerak dari A ke B. Selagi tak ada masalah, buat apa bawa ke bengkel?" - Seman Tahukah anda amalan penyenggaran yang dilakukan secara rutin mampu mengelak motosikal anda menghadapi kerosakan besar yang menelan kos baik pulih tinggi? Mari, kita ikuti apakah  5 rutin  yang sepatutnya anda sebagai penunggang ambil tahu, tapi selalu diabaikan: 1. PELINCIRAN AM Apa-apa yang bergerak pada motosikal memerlukan pelincir.  Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran,  pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat. Misalnya skru, wala...

Salah saiz spark plug

Image
Salah saiz spark plug Isu kesalahan pemilihan plug panjang pada motor 4-stroke  Salam, Tempat  Spark plug  adalah pada Head Cylinder mana-mana enjin bermotor.Bagi enjin motor 4-stroke di dalam Head terdapat beberapa komponen kerja enjin seperti Chamshaft dan Valve namun sebiji plug tidaklah menganggu komponen tersebut sehingga ada kesalahan pada ukuran saiz  plug itu. Spark plug dikeluarkan oleh pengeluar seperti ternama NGK, Denso adalah berlainan saiz mengikut jenis motor contohnya Yamaha rxz B8es,Y100 Bp7hs,lagenda 110 c6,Honda c70 c6 dan Wave 125 guna CPR6EA-9 (NGK).Saya tidak mahu pergi jauh tentang saiz plug motor anda kerana anda boleh cek sendiri di buku panduan pengeluar motor anda pakai itu,apa yang yang saya mahu ulaskan di sini ialah mengenai isu  salah masuk Spark Plug .Maksudnya di sini ialah motor menggunakan plug berlainan dari asal,bukan dari segi jenama plug tapi dari segi saiz plug. Sebagai contoh anda boleh lihat sendiri diameter plug ...

Ciri spark plug

Image
Ciri spark plug Asas spark plug untuk pengguna motor tahu Spark plug begitu penting pada motosikal sehingga ia adalah benda kegunaan utama enjin selain minyak hitam yang perlu diberi perhatian oleh pengguna.Hampir 100% pengguna motor tahu jika spark plug rosak atau 'mati plug' akan menyebabkan motor tak mahu hidup.Oleh demikian hal berkaitan  plug perlu diutamakan untuk diketahui kepentingannya kepada semua pengguna motor/motosikal. Sebagai pengguna motor kita tidak perlulah rungsi tentang cara memilih plug sebaiknya saya rasa eloklah mengikut spark plug yang 'recommended ' oleh pengeluar motor yang kita pakai itu tapi jika mahu membuat perubahan sedikit untuk kesesuaian prestasi enjin yang telah di pertingkatkan atau enjin yang semakin uzur itu silakan lanjut membaca untuk pengertian yang lebih mendalam tentang  ciri spark plug . Fungsi spark plug(palam pencucuh) ialah alat untuk menyalakan api untuk membakar campuran petrol+udara di ruang pembaka...

Masalah karburator

Image
Masalah karburator Masalah karburator motor ada bermacam jenis kalau nak dihuraikan.. Disini kita ketahui antara masalah utama pada karburator motor dan paling banyak ditemui. Penyakit  yang sering berlaku pada jenis karburator standard(asal motor) Kandungan; Karburator bocor Karburator takde timing Karburator gila Karburator banjir Masalah  bocor  (leaking) pada oil ring dan gasket adalah yang paling popular.seringkali terjadi pada motosikal baru dan lama.skru longgar adalah  punca .Ia juga berlaku kerana karburator banyak kali dibuka tutup.kesannya minyak petrol mula bocor dicelah-celah oil ring atau gasket.Apabila kebocoran berlaku pada sambungan karburator dengan intake hose akan timbul pula masalah hilang kuasa enjin.enjin akan cepat mati contohnya semasa berada di traffic light. Perkara ini disebut karburator  tiada timing . Masalah ini berbeza dengan masalah karbu...

Minyak hitam synthetic

Minyak hitam synthetic Mengenai minyak hitam synthetic, mineral,semi-synthetic serta cirinya mengenai  minyak hitam synthetic  sebagai pelincir enjin terbaik untuk motor mahupun kenderaan lain kereta,trak dan sepertinya.Adakah benar kenyataan ini? Ya,bagi saya memang benar berdasarkan aduan pelanggan saya,mereka cukup puas hati bila menggunakan minyak motor synthetic menggantikan minyak  lama lain jenis sebelum ini.Ringan dan lancar enjin kata mereka.. Oleh kerana berasa ingin tahu lebih mendalam tentang minyak hitam synthetic ini jadi saya telah menggali beberapa maklumat dari pelbagai sumber carian Google serta video dan akhirnya saya mendapat keputusan tentang minyak synthetic ini. Pengertian synthetic itu bererti produk kimia,campuran komponen kimia,bukan semulajadi,buatan manusia dan kerapkali hasil dari modifikasi semulajadi.Jadi hubungkaitnya bermakna minyak synthetic bererti minyak buatan sebaliknya jika dibandingkan dengan minyak mineral yang menggunak...