Posts

KULIT, TIPS CANTIK TIP MEGHILANGKAN JERAWAT

Image
 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradangan kulit yang berlaku apabila kelenjar sebum (kelenjar minyak) kulit dijangkiti bakteria dan membengkak.Dan mereka sangat menjengkelkan untuk menangani, bukan? Nah, itu tidak akan berlaku lagi. Kami membawa kepada anda senarai ubat semulajadi terbaik yang dapat membantu anda untuk menghilangkan jerawat dalam semalam. Anda juga akan mengetahui beberapa penyebab jerawat, jenis-jenis jerawat dan cara untuk menghilangkannya. Apa yang menyebabkan jerawat? 1. Lapisan Berlebihan Sel Kulit Mati Kulit anda secara semula jadi menghilangkan lapisan sel kulit mati. Namun terdapat sesetengah sel kulit mati tersekat pada sebum, yang menyebabkan penyumbatan pori-pori. Pori-pori yang disekat menjadi jerawat. 2. Keturunan Sekiranya anda mempunyai masalah genetik, jerawat di muka akan kembali semula sepanjang hayat anda. Rasional genetik di belak...

Purging VS Breakout

Image
PURGING VS BREAKOUT Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka? Ada 2 perkara yang mungkin berlaku. Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout. Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout? Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut? Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami. . PURGING Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut. Kemudian, tiba-tiba berlaku purging. Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus. Kulit anda akan kemungkinan akan...

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal Pertama

Image
5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal Pertama ADA banyak sebab seseorang itu menunggang motosikal, dan setiap orang  ada alasan tersendiri.  Bagi kebanyakan pengguna, motosikal adalah antara medium pengangkutan paling murah dari segi kos bahan api dan penyenggaraan, termasuk parkir dan tol. Ada yang menunggang motosikal kerana mahu menjimatkan masa kerana saiz fizikal kenderaan itu mampu mengelak kesesakan jalan raya. Tidak kurang juga yang memilih motosikal sebagai satu gaya hidup, mahu rasa  cool , lebih  thrill  dan ada fiil. Apapun alasan anda bermotosikal, artikel kali ini akan membincangkan mengenai apakah jenis motosikal pertama patut anda dibeli? Apakah kriteria penting perlu diketahui? Lain orang, lain jenis motosikal yang patut dibelinya. Di bawah ini kami senaraikan  5 kriteria patut dipertimbangkan apabila mahu membeli motosikal pertama  anda: 1. TUJUAN Ini ialah kriteria utama.  Apakah tujuan anda bermoto...

5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan

Image
5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan "ASALKAN boleh  start , jalannn..." Salah satu tabiat buruk pengguna motosikal adalah  kerap mengabaikan rutin penyenggaraan,  terutama kalangan penunggang yang menjadikan kenderaan mereka itu sekadar alat bergerak dari A ke B. Selagi tak ada masalah, buat apa bawa ke bengkel?" - Seman Tahukah anda amalan penyenggaran yang dilakukan secara rutin mampu mengelak motosikal anda menghadapi kerosakan besar yang menelan kos baik pulih tinggi? Mari, kita ikuti apakah  5 rutin  yang sepatutnya anda sebagai penunggang ambil tahu, tapi selalu diabaikan: 1. PELINCIRAN AM Apa-apa yang bergerak pada motosikal memerlukan pelincir.  Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran,  pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat. Misalnya skru, wala...

Salah saiz spark plug

Image
Salah saiz spark plug Isu kesalahan pemilihan plug panjang pada motor 4-stroke  Salam, Tempat  Spark plug  adalah pada Head Cylinder mana-mana enjin bermotor.Bagi enjin motor 4-stroke di dalam Head terdapat beberapa komponen kerja enjin seperti Chamshaft dan Valve namun sebiji plug tidaklah menganggu komponen tersebut sehingga ada kesalahan pada ukuran saiz  plug itu. Spark plug dikeluarkan oleh pengeluar seperti ternama NGK, Denso adalah berlainan saiz mengikut jenis motor contohnya Yamaha rxz B8es,Y100 Bp7hs,lagenda 110 c6,Honda c70 c6 dan Wave 125 guna CPR6EA-9 (NGK).Saya tidak mahu pergi jauh tentang saiz plug motor anda kerana anda boleh cek sendiri di buku panduan pengeluar motor anda pakai itu,apa yang yang saya mahu ulaskan di sini ialah mengenai isu  salah masuk Spark Plug .Maksudnya di sini ialah motor menggunakan plug berlainan dari asal,bukan dari segi jenama plug tapi dari segi saiz plug. Sebagai contoh anda boleh lihat sendiri diameter plug ...

Ciri spark plug

Image
Ciri spark plug Asas spark plug untuk pengguna motor tahu Spark plug begitu penting pada motosikal sehingga ia adalah benda kegunaan utama enjin selain minyak hitam yang perlu diberi perhatian oleh pengguna.Hampir 100% pengguna motor tahu jika spark plug rosak atau 'mati plug' akan menyebabkan motor tak mahu hidup.Oleh demikian hal berkaitan  plug perlu diutamakan untuk diketahui kepentingannya kepada semua pengguna motor/motosikal. Sebagai pengguna motor kita tidak perlulah rungsi tentang cara memilih plug sebaiknya saya rasa eloklah mengikut spark plug yang 'recommended ' oleh pengeluar motor yang kita pakai itu tapi jika mahu membuat perubahan sedikit untuk kesesuaian prestasi enjin yang telah di pertingkatkan atau enjin yang semakin uzur itu silakan lanjut membaca untuk pengertian yang lebih mendalam tentang  ciri spark plug . Fungsi spark plug(palam pencucuh) ialah alat untuk menyalakan api untuk membakar campuran petrol+udara di ruang pembaka...